Pelajar perempuan merokok

Merokok sering dikaitkan dengan kejahatan dan negatif seperti gangsterisme, sikap degil, malas belajar, dan sebagainya.
Selalunya jika pada pelajar sekolah, pelajar lelaki sering dikaitkan dengan gejala merokok. Namun begitu, kini pelajar sekolah perempuan juga banyak yang terlibat dengan gejala ini.

Lazimnya pelajar lelaki yang merokok ingin kelihatan lebih tua dan lebih matang. Bagaimana pula dengan pelajar perempuan? Adakah juga untuk kelihatan lebih tua dan matang?
Malang sekali terlalu sedikit pelajar perempuan seperti ini yang insaf akan perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan.
Gejala negatif yang melanda masyarakat Melayu ini merupakan titik permulaan bagi gejala-gejala berikutnya. Kebanyakan gadis yang telah terlibat dengan rokok ini akan terus-menerus hanyut dalam kancah kehinaan seperti:
  1. Perhubungan yang terlalu sosial
  2. Bohsia yang menjaja tubuh ke sana-sini
  3. Mengikut mat rempit dan menjadi barang taruhan mat rempit
Pelajar perempuan sekalian. Sebenarnya tiada bangganya merokok. Mengapa merokok menjadi pilihan? Untuk menunjukkan kita berkuasa? Untuk mencuba sesuatu yang baru? Tak semua benda baru boleh kita ikut. Kalau orang bunuh diri takkan kita nak ikut bunuh diri? Dan tak semua benda yang seronok itu bagus.
Tiada gunanya kita menunjuk-nunjuk kita ni ‘otai’. Cuba ambil contoh seorang billionaire Malaysia, Robert Kuok. Dia seorang ‘otai’ dan dihormati, tapi adakah dia gemar menyusahkan diri sendiri? Jawapannya tidak. Seorang perokok yang menunjuk-nunjuk dirinya ‘otai’ sebenarnya hanyalah ‘otai’ jalanan yang hanya dihormati oleh rakan-rakannya sahaja.
Dengan siapa kita akan berkahwin nanti? Adakah dengan lelaki perokok bergigi kuning, berbibir hitam, mulut berbau rokok, stamina tak kuat? Jika anda jijik pada lelaki seperti ini bermakna beginilah jijiknya anda pada pandangan masyarakat terhadap anda jika anda merokok.
Hidup kita cuma sekali sahaja. Waktu inilah segala peluang untuk kita buat kebaikan. Waktu inilah untuk kita buat yang terbaik.

{ 0 komentar... Skip ke Kotak Komentar }

Tambahkan Komentar Anda

 
Yahoo Messenger
Send Me IM!
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Follow Me!
Facebook
Add My Facebook
Original Template By Belajar SEO Blogspot - Himajiesized By Dayz Hidayat